MELAKA 13 Mei – Jawatan Timbalan Exco akan dimansuhkan sepenuhnya bagi membolehkan Exco memberi fokus terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dalam kerajaan negeri. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, dengan memansuhkan jawatan Timbalan Exco membolehkan Exco menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik. Pada masa sama, menurutnya, permansuhan itu juga dapat mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan negeri secara tidak langsung dana lebihan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting. “Ia (pemansuhan…










