KUALA LUMPUR 12 Mei – Saranan seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan supaya lesen sebuah media arus perdana ditarik balik adalah tidak bertepatan dengan dasar kebebasan media yang diuar-uarkan oleh kerajaan baharu itu. Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Syed Alsagoff sebaliknya berkata, semua pihak harus berfikiran pragmatik dan terbuka dari segi kebebasan media bagi menjamin penyampaian maklumat yang telus kepada rakyat.…










