Keputusan PRU-14: BN Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: BN Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima tamparan hebat apabila hanya menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berbanding 25 kerusi Parlimen pada PRU-13.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh setakat pukul 11 malam ini.

Empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya menang 13 daripada 14 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Manakala, Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula hanya menang tiga daripada enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menang dua daripada empat kerusi Parlimen yang ditandingi.

Bagaimanapun, Parti Rakyat Bersatu Sarawak  (SUPP) hanya menang satu daripada tujuh kerusi yang ditandingi parti berkenaan.

PBB menang di 13 kerusi iaitu Parlimen Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjong Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

Namun, PBB kalah di Parlimen Puncak Borneo di tangan PKR.

SUPP pula hanya menang di Parlimen Serian dan tewas di enam kerusi Parlimen iaitu di Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Sarikei, Lanang dan Mas Gading.

PRS menang di Sri Aman, Kanowit dan Hulu Rajang, manakala PDP pula menang di Parlimen Bintulu dan Baram.

Menarik perhatian, dua kerusi Parlimen iaitu di Julau dan Lubok Antu berjaya ditawan oleh Bebas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×