Kempen cabutan bertuah pertama kali dianjurkan, tingkatkan hasil MPKPs RM600,000 - Utusan Malaysia

Kempen cabutan bertuah pertama kali dianjurkan, tingkatkan hasil MPKPs RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 30 Mei – Kempen cabutan bertuah cukai taksiran individu yang pertama kali dilancarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) berjaya mendapat sambutan hangat dengan peningkatan sebanyak hasil kutipan sebanyak RM600,000 bagi tempoh penggal pertama tahun ini.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Perbendaharaannya, Fadlisanif Adlini Ghazali, kempen tersebut yang dijalankan bermula 1 Januari sehingga 28 Februari lalu, berjaya mendapat penyertaan seramai 7,000 orang.

Katanya, pelbagai hadiah menarik bernilai RM25,000 telah ditawarkan agensi perbandaran itu termasuk hadiah utama iaitu sebuah motosikal.

“Berikutan sambutan hangat dengan peningkatan kutipan hasil sebanyak 14 peratus atau RM600,000 iaitu daripada RM4.5 juta tahun lalu kepada RM5.1 juta pada 2018, kita merancang untuk menjalankan kempen sama dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2018 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKPs, Khairin Nazry Karim di pejabatnya di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 27 pembayar cukai individu terpilih hasil undian rawak dan sehubungan itu berjaya layak untuk majlis seterusnya bagi cabutan hadiah-hadiah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN