Kembalikan wibawa universiti awam - Utusan Malaysia

Kembalikan wibawa universiti awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Kementerian Pendidikan bertekad untuk mengembalikan wibawa universiti awam dan institusi pengajian tinggi yang merupakan Janji 50 di bawah Teras Lima, Buku Harapan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, manifesto Pakatan Harapan (PH) juga menyatakan bahawa institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam usaha membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Menurut beliau, pihaknya akan memastikan idea-idea bernas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi pendidikan asas dan pengajian tinggi dapat diteruskan, sementara sebarang kelemahan yang wujud dapat diperbaiki.

“Kita ingin melaksanakan kajian ‘mid term’ untuk kedua-dua dokumen besar ini bagi membolehkan kita menyemak dan menambahbaik apa yang perlu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah – Terima Tugas Mantan Menteri Pendidikan Tinggi kepada Menteri Pendidikan di sini hari ini.

Maszlee menjelaskan, perlaksanaan manifesto PH mengenai tempoh pelanjutan bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan sedang diusahakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN