Kediaman bekas Perdana Menteri dikawal polis - Utusan Malaysia

Kediaman bekas Perdana Menteri dikawal polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis mengawal laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, kawalan tersebut bertujuan untuk mengawal keselamatan di kawasan tersebut.

“Beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditempatkan di sekitar kediaman itu demi keselamatan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tinjauan di hadapan laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri berkenaan terdapat sebuah balai polis bergerak dengan dua anggota polis.

Ramai petugas media daripada agensi tempatan dan antarabangsa turut berkumpul di kawasan tersebut seawal pukul 10 pagi semalam.

Difahamkan kawalan tersebut sudah dibuat sejak malam kelmarin.

Pada pukul 4.50 petang, kelihatan sebuah kenderaan yang dipercayai milik kerabat diraja dari sebuah negeri dan diiringi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan lambang Polis Diraja Malaysia serta sebuah kenderaan awam memasuki ke kediaman Najib.

Rombongan itu berada di kedia­man tersebut selama satu jam 40 minit sebelum keluar pada pukul 6.30 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×