Kedah sekat Pahang rapatkan kedudukan dengan JDT - Utusan Malaysia

Kedah sekat Pahang rapatkan kedudukan dengan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Hasrat Pahang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian setelah dihalang Kedah dalam perlawanan Liga Super sebentar tadi.

Dalam saingan di Stadium Darul Aman itu dua gol tuan rumah menerusi Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi masing-masing pada minit ke-45 serta 89 memadai untuk Kedah menang 2-0 ke atas skuad Tok Gajah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula, Terengganu meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Perak 2-0 dengan dua jaringan tersebut disumbang Kipre Tchetche pada minit ke-26 dan 52.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Kuala Lumpur mengubati kekecewaan pada dua perlawanan terakhir apabila mengejutkan Kelantan 5-1 pada saingan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Tiga lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung esok pukul 10 malam melibatkan JDT menentang Negeri Sembilan, Melaka United-PKNS FC dan PKNP FC-Selangor.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN