KUALA TERENGGANU 11 Mei – Kepemimpinan Pas akan mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat untuk menentukan bentuk kerjasama dengan mana – mana parti untuk nembentuk kerajaan gabungan di Kedah susulan kedudukann yang masih tergantung.
![]() |
|
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
|
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat permulaan mesyuarat akan membabitkan kepemimpinan Pas dahulu sebelum berbincang dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk tentukan pendirian.
“Kita menjadi king maker di peringkat negeri dan akan berbincang dalam mesyuarat khusus di pusat. Kita akan menilai dan InsyaAllah kita akan jemput dengan seberapa segera
“Kita jemput pemimpin Pas dahulu dan mesti melihat semua pihak bukan sahaja Barisan Nasional tetapi Pakatan Harapan mengenai keselarasan dasar dan konsep kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang baharu, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Istana Syarqiyyah, di sini malam tadi.
Pas Kedah memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 daripada keseluruhan 36 kerusi manakala PKR memenangi 18 kerusi dan baki tiga milik BN.
Sehingga kini kerajaan negeri baharu masih tidak dapat dibentuk kerana tiada kemenangan dengan majoriti mudah. – UTUSAN ONLINE











