APABILA kapten Fritz Walter, Helmut Rahn, Max Morlock dan rakan sepasukan Jerman Barat melangkah ke padang Stadium Wankdorf, Berne pukul 4.45 petang 4 Julai 1954, mereka kurang menyedari sejarah bola sepak akan dicipta. “Masih terngiang apabila kami berdiri bergandingan mendengar lagu kebangsaan selepas itu. Semangat setiakawan kami padu,” kata benteng Jerman Barat, Jupp Posipal selepas kemenangan bersejarah 3-2 terhadap Hungary ‘si handalan’ perlawanan akhir itu. Hujan minit awal menyaksikan pasukan…










