BANGKOK 24 Mei – Pertembungan tradisi menentang juara 13 kali, Indonesia dalam suku akhir Piala Thomas malam ini cukup berat tetapi peluang tetap terbuka buat kedua-dua pasukan. Tewas 2-3 kepada Denmark dalam perlawanan terakhir Kumpulan D semalam bukan sahaja menyaksikan Malaysia terpaksa berdepan Indonesia lebih awal, malah bakal dinanti oleh China andai berjaya ke separuh akhir. Pengurus pasukan negara, Datuk Ng Chin Chai bagaimanapun percaya, peluang Malaysia untuk menang…










