KUANTAN 20 Mei – Seorang kakitangan Bukit Gambang Safari Park dekat sini cedera selepas diserang beruang ketika menjalankan kerja pembersihan kandang, semalam. Bagaimanapun, renjer berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya melepaskan diri setelah berlaku pergelutan dengan beruang Sloth jantan itu. Difahamkan, mangsa cedera di bahagian kaki dan muka sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini yang mana keadaannya dilaporkan stabil. Eksekutif Penolong Pengurus Bukit Gambang Resort City, Zahar Ali berkata, kejadian berlaku pada tengah hari semalam semasa pekerja terbabit melakukan rutin harian membersihkan sangkar beruang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya