Kadar parkir baharu MRT berkuat kuasa esok - Utusan Malaysia

Kadar parkir baharu MRT berkuat kuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Bermula esok, kadar parkir baharu sebanyak RM4 sehari akan dikenakan kepada pengguna Transit Aliran Massa (MRT) di lapan lokasi kemudahan Park n Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dalam kenyataan memaklumkan, kadar baharu itu dikuat kuasa bersempena pengurangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

Jelas kenyataan itu, kemudahan Park n Ride kendalian MRT Corp di Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih.

“Bayaran letak kenderaan bagi sekali masuk sebelum ini adalah sebanyak RM4.30. Sekarang diturunkan kepada RM4.

“Bagi yang menggunakan kemudahan parkir Park n Ride tetapi tidak menggunakan MRT, bayaran sejam pertama yang dikenakan berbeza mengikut lokasi dengan tambahan RM1.10 bagi setiap jam berikutnya.

“Bagi pengguna motosikal pula, bayaran RM1 dikenakan bagi setiap kemasukan sehari,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sementara itu MRT Corp berkata, kemudahan meletak kenderaan di sepanjang Laluan MRT SBK iaitu di Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang diuruskan oleh pihak luar.

“MRT Corp. telah bertemu dengan pengendali dan meminta mereka menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar GST sifar peratus. Terpulang kepada pengendali untuk melaksanakan sebarang perubahan kadar parkir,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN