ROM 10 Mei – Juventus semakin hampir untuk menjadi pasukan pertama merangkul kejuaraan berganda empat musim berturut-turut selepas membelasah AC Milan 4-0 untuk menjulang Piala Itali, hari ini. Dua jaringan Mehdi Benatia, selain gol menerusi Douglas Costa dan jaringan sendiri Nikola Kalinic memastikan Juventus merangkul trofi keempat berturut-turut dan ke-13 keseluruhan. Anak-anak buah Massimiliano Allegri itu juga semakin hampir untuk mempertahankan gelaran Serie A selepas mendahului liga dengan 91 mata,…










