Justo tiba di SPRM bantu siasatan 1MDB - Utusan Malaysia

Justo tiba di SPRM bantu siasatan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilihat tiba di bangunan itu pada pukul 9 pagi.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed semalam berkata, Pasukan Khas Siasatan 1MDB telah berjumpa dengan Justo kelmarin bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.

Selain Abu Kassim turut mengetuai secara bersama pasukan khas tersebut ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN