PUTRAJAYA 24 Mei – Warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo hari ini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau dilihat tiba di bangunan itu pada pukul 9 pagi dan keluar pada pukul 1.10 petang. Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed semalam berkata, Pasukan Khas Siasatan 1MDB…










