LOS ANGELES 16 Mei – Ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low diarahkan untuk memulangkan kapal layar mewah ‘Equanimity’ bernilai AS$250 juta (RM991 juta) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). JHO LOW Menurut laporan portal berita Bloomberg, pihak berkuasa negara itu merancang membawa kapal layar itu dari Indonesia dan menjualnya di AS. Hakim Los Angeles, Dale Fischer berkata, keputusan itu bagaimanapun tidak menggugat kedaulatan Indonesia.…










