PUTRAJAYA 24 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu hadapan berhubung pelaksanaan caruman KWSP kepada suri rumah. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan komited menunaikan janji memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah itu yang merupakan antara 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari…










