BACHOK 15 Mei – Pengunjung Pantai Irama perlu peka dengan aspek kebersihan supaya lokasi pelancongan itu tidak dipenuhi sampah-sarap. Ini kerana, kira-kira 5,000 pengunjung direkodkan berkelah di tepi pantai itu semasa musim cuti hujung minggu dan musim perayaan. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Kamal Mustapha berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk memanggil wakil setiap jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program berkenaan. “Hari ini pelbagai agensi seperti Jabatan…










