Jabatan Imigresen lancar tabung kemanusiaan Palestin - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen lancar tabung kemanusiaan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin JIM bagi mengutip dana bagi misi bantuan dan aktiviti kemanusiaan untuk warga Palestin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu antara fokus dalam mesyuarat pegawai JIM dan Aman Palestin yang dipengerusikannya di ibu pejabat JIM di sini bagi membincangkan isu-isu kemanusiaan berhubung Palestin serta langkah-langkah kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua pihak.

Katanya, mesyuarat itu merupakan satu platform bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan isu-isu kemanusiaan di Palestin, kesucian Baitulmaqdis dan isu-isu imigresen yang memerlukan pemerhatian dan penelitian lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tabung Kemanusiaan Palestin JIM ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat Palestin dengan seliaan Aman Palestin.

“Tabung ini akan dilancarkan dalam bulan Ramadan ini dan diharapkan seluruh warga Imigresen serta seluruh masyarakat Malaysia dapat memberikan sumbangan bukan setakat bulan Ramadan ini sahaja tapi sumbangan yang berterusan demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN