IXpand Base pengecaj pantas dwifungsi - Utusan Malaysia

IXpand Base pengecaj pantas dwifungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAMBAR dan video merakam detik istimewa seseorang.

Seiring dengan perkembangan teknologi, peristiwa istimewa mudah dirakam menggunakan telefon pintar.

Bagaimanapun, pengguna sering berdepan risiko untuk kehilangan gambar atau video tersebut jika mereka kehilangan gajet tersebut atau mengalami masalah had storan.

Justeru, Western Digital Corporation melancarkan satu penyelesaian untuk storan gambar, video dan nombor kenalan menerusi peranti SanDisk iXpand Base khusus untuk pengguna iPhone dan iPad.

IXpand Base dengan kuasa 15 watt juga berfungsi sebagai pengecas pantas.

Backup untuk foto, video dan nombor kenalan akan dilakukan secara automatik setiap kali pengguna mengecaj telefon pintar mereka.

Peranti yang sesuai untuk kesemua jenis telefon pintar keluaran Apple yang mempunyai pengalir kilat dan iOS 10+ tersebut mengekalkan kualiti asal gambar dan video tanpa sebarang caj tambahan.

Kandungan yang telah disimpan juga mudah diakses semula menerusi iPhone baharu.

Proses backup IXpand Base kali pertama akan mengambil masa sedikit lama dan mungkin melalui beberapa sesi bergantung kepada saiz galeri gambar dan video.

Ia dilakukan secara automatik dan akan diteruskan pada kandungan baharu.

Pengguna hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah untuk memindahkan kandungan salinan dari IXpand Base ke komputer atau MacBook.

Mereka boleh menyambung Micro-USB di bahagian belakang peranti tersebut terus ke komputer menggunakan wayar Micro-USB ke USB-A.

Pengguna juga boleh mengeluarkan kad SD dari ruang SD di belakang dan memindahkan kandungan dengan memasukkan kad tersebut pada peranti sesuai.

Bahagian atas peranti tersebut direka menggunakan getah lembut sebagai pemegang telefon dan wayar kabel boleh dililitkan di sekeliling iXpand Base.

iXpand Base bagaimanapun bukan peranti tanpa wayar sebaliknya ia mengecaj telefon pengguna menggunakan wayar kabel.

Pengguna boleh mendapatkan iXpand Base di rangkaian kedai Apple, 11street, Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×