KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai barisan 13 Menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini. Istiadat itu yang berlangsung di Singgahsana Kecil turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Istiadat berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri…










