Ibu saudara dengar jeritan mangsa minta tolong - Utusan Malaysia

Ibu saudara dengar jeritan mangsa minta tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 17 Mei – Suspek yang mengelar hingga mati tiga beradik di Kampung Sungai Haji Muhammad di sini hari ini dikatakan menendang pintu untuk masuk ke dalam rumah sebelum menetak hingga mati kesemua mangsa.

Ibu saudara kepada tiga beradik yang maut, Salbiah Idris, 70, berkata, tindakan suspek itu diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang melihat suspek membuka selak pintu sebelum masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, sebaik sahaja suspek memasuki rumah, terdengar jeritan meminta tolong oleh mangsa yang berada di dalam rumah.

“Suspek kemudiannya keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tangan berlumuran darah sambil memegang pisau.

“Suspek kemudiannya berjalan mundar mandir sambil memegang pisau menakut-nakutkan orang ramai yang lalu lalang di jalan berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dikatakan rakan kepada bapa mangsa dan sama-sama bekerja kampung malah suspek turut menolong keluarga mangsa berpindah ke Rumah Mesra Rakyat di sini kira-kira tiga minggu lalu.

“Melihatkan keadaan suspek sebelum ini, suspek tidak menunjukkan sebarang tanda bertindak agresif,” katanya.

Sementara itu, suami Salbiah, Abu Bakar Jali, 72, berkata, ketika kejadian dia sedang berada di dapur rumahnya dan terdengar jeritan meminta tolong daripada rumah mangsa yang tidak jauh dari rumahnya.

“Saya cuba menolong mangsa namun tidak berdaya kerana suspek yang memegang pisau berada dalam agresif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN