BALIK PULAU – Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya melepaskan kesemua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini ekoran prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Hilmi dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, beliau melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau dan tugas itu dipangku oleh Timbalannya, Datuk Dr. Mohamad Farid Saad. “Saya kekal menjadi ahli UMNO dan sedia membantu…










