Hermo tawar promosi berganda sempena ulang tahun ke-6 - Utusan Malaysia

Hermo tawar promosi berganda sempena ulang tahun ke-6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ulang tahun ke-6, platform e-dagang produk kecantikan terkemuka, Hermo melancarkan kempen ‘Hermo 612 2018’ khusus untuk penggemar barangan kosmetik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ian Chua, pelbagai promosi menarik akan ditawarkan sempena kempen tersebut sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.

“Antaranya ialah promosi Gifts with Purchase dengan pembelian minimum bernilai RM88 di Hermo yang memerlukan pelanggan mengumpul lima rekaan sabun bertemakan makanan tempatan yang dicipta oleh Dinomama Handmade Soap bermula 21 Mei depan.
 
“Selain itu, dengan kerjasama syarikat pakaian, Click Apparel, pengguna Hermo akan mendapat  beg solekan Hermo X Click Apparel Lazy Gal secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM200,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ian memberitahu, pengguna Hermo juga berpeluang mendapatkan produk premium yang dijual dengan harga murah menerusi zon ‘RM6, RM1, RM2’. 

Katanya, Hermo juga tidak ketinggalan membuat promosi ‘Flash Deal’ iaitu peluang eksklusif kepada pembeli untuk memiliki produk premium dengan harga mampu milik yang akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu (sepanjang kempen) bermula pukul 6 petang hingga 11.59 malam. 

“Promosi lain yang turut ditawarkan ialah seperti ‘Buy 1 free 6’ (28 Mei – 30 Mei), ‘Bundle Buy 4 for RM48’ (4 Jun – 10 Jun) dan ‘Everything under RM26’ (11 Jun – 17 Jun). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN