MALANG menimpa beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila hasrat merangkul kejuaraan Terbuka Australia musnah selepas tewas 12-21, 21-23 kepada gandingan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung semalam. Meskipun cuba melakukan kebangkitan pada set kedua, namun masih belum mampu untuk menghalang pilihan kelima kejohanan itu daripada menampilkan aksi lebih baik, sekali gus memastikan gelaran juara menjadi milik mereka. Walaupun kecewa gagal meraih kejuaraan pertama sejak Januari lalu, namun…










