Harpal Singh dan Athimulan tarik diri daripada mewakili Najib - Utusan Malaysia

Harpal Singh dan Athimulan tarik diri daripada mewakili Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memasuki episod baharu selepas peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik diri malam tadi.

Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu beliau serta seorang lagi peguam, M. Athimulan mengambil keputusan untuk menarik diri selepas Najib mahu menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.

“Kami tidak dipecat, tapi kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Harpal dan Athimulan dilihat meninggalkan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini pada pukul 10.40 malam tanpa menjawab sebarang soalan yang dikemukan pihak media. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN