PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang gagal menurunkan harga barang ekoran pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula Jumaat ini. MOHD. ROSLAN Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang masih mengekalkan enam peratus kepada pengguna. Katanya, antara tindakan yang boleh dikenakan kepada peniaga…











