PUTRAJAYA – Peniaga di seluruh negara dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada penetapan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) standard enam peratus kepada kadar sifar mulai 1 Jun ini dalam bentuk harga yang lebih rendah kepada pengguna. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, peniaga juga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna. Beliau berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai…











