GST mansuh dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan PH - Guan Eng - Utusan Malaysia

GST mansuh dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan PH – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau memberitahu, kementeriannya akan menunaikan janji manifesto PH sebaik majlis angkat sumpah dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Memang kita akan mansuhkan GST dan ketika ini kita tiada kuasa untuk memansuhkan lagi. 

“Kita akan buat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH seperti mana manifesto yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Guan Eng turut mengesahkan siaran media berhubung pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi tular di laman sosial sejak tengah hari tadi adalah palsu.

“Siaran media mengenai pemansuhan GST berkuat kuasa 1 Jun 2018 adalah palsu dan tidak benar semata-mata.

“Tiada siapapun yang mengeluarkan arahan sedemikian termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×