GEORGE TOWN – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Beliau memberitahu, kementeriannya akan menunaikan janji manifesto PH sebaik majlis angkat sumpah dilaksanakan dalam tempoh terdekat. “Memang kita akan mansuhkan GST dan ketika ini kita tiada kuasa untuk memansuhkan lagi. “Kita akan buat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH seperti mana manifesto…










