KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan itu yakin untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan. “Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang…










