PIALA DUNIA Mexico sentiasa dikenang dengan insiden gol tangan Diego Maradona yang diberi gelaran ‘Tangan Tuhan’ selepas legenda Argentina itu menjaringkan gol menggunakan tangan kiri, sekali gus memahat kontroversi terbesar dalam sejarah bola sepak. Gol tersebut dihasilkan Maradona ketika menumpaskan England 2-1 di suku akhir, dan bekas penyerang Napoli itu sekali lagi memukau peminat apabila menggelecek lima pemain lawan sebelum menjaringkan gol kedua, berselang lima minit. Walaupun Maradona jelas menyentuh…