Gitar Prince dilelong AS$225,000 - Utusan Malaysia

Gitar Prince dilelong AS$225,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Sebuah gitar berwarna kuning yang di­tempah khas milik penyanyi dan penulis lirik Amerika Sya­rikat (AS), mendiang Prince dijual pa­da harga AS$225,000 (RM893,812) di New York kelmarin mendahului jualan barang kemas, pakaian dan memorabilia ikon pop terke­nal itu, kata agensi lelongan Julien’s.

Gitar kuning itu digelar Cloud lantaran keunikannya seperti bentuk yang seakan-akan berputar selain turut terdapat simbol signatur cin­ta Prince yang diukir di antara bilah penentu ruang nada.

Menurut Julien’s lagi, sebelum ini gitar itu dinilai pada harga antara AS$60,000 (RM238,350) hingga AS$80,000 (RM317,800).

Memuatkan artikel berkaitan…

Cloud dibuat khas untuk Prince oleh pembuat gitar dan instrumen muzik, Dave Rusan dari Minneapolis. Malah, Prince turut menggunakan gitar itu ketika membintangi filem Purple Rain pada tahun 1984.

Prince meninggal dunia pa­da 21 April 2016 selepas dia ditemui tidak bernafas dalam sebuah lif di studionya di Chanhassen, Minnesota ketika berusia 57 tahun. – AFP

GAMBAR bertarikh 14 Mei 2018 menunjukkan gitar kuning Cloud milik penyanyi pop AS, Prince yang dilelong di New York, Amerika Syarikat kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN