Ghaddar akhiri kontrak bersama Kelantan - Utusan Malaysia

Ghaddar akhiri kontrak bersama Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Rombakan besar-besaran terus dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila secara rasminya menamatkan kontrak bekas penjaring terbanyak Liga Super 2017 Mohammad Ghaddar.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, The Red Warriors (TRW) terpaksa melupakan khidmat Ghaddar selepas pemain itu mengalami kecederaan yang memaksa pemain itu berehat panjang.

“Bagi makluman semua, penamatan kontrak antara KAFA dengan Ghaddar dibuat secara persetujuan bersama. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini KAFA membuat kejutan apabila membawa masuk Ghaddar sebelum pintu pendaftaran pemain ditutup pada 13 Februari lalu.

Ghaddar dibawa masuk bagi menggantikan Magaro Lima Gomis yang mengalami kecederaan.

Sejak menyertai Kelantan tiga bulan lalu, Ghaddar hanya meledak tiga gol sepanjang bersama TRW dalam aksi Liga Super dan Piala FA.

Ketika ditanya mengenai pengganti Ghaddar, Bibi Ramjani memberitahu, KAFA akan merujuk perkara tersebut kepada Malaysia Football League (MFL).

Katanya, sekiranya dibenar membawa masuk pemain import baharu badan induk itu sedia berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata, Kelantan sudah mengikat bekas pemain Kuantan FA, Ahmad Haziq Ahmad Puad untuk tempoh kontrak selama enam bulan bersama TRW. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN