BARU-BARU ini, dunia hiburan negara seberang heboh dengan perbalahan antara penyanyi dangdut Lia Callia dan pelakon Lucky Hakim. Ini gara-gara Lia yang berang apabila pelakon lelaki tersebut enggan meminta maaf kepadanya ekoran insiden dirinya digigit ular ketika menjalani penggambaran di rumah Lucky. Saat kejadian, Lia yang sedang melakukan persiapan keluar melihat ular di kandang binatang reptilia tersebut sebelum dia tiba-tiba digigit oleh anak ular di bahagian lengan kiri. Terkejut dengan…










