Bahang neraka
membakar sebuah
wajah keangkuhan
Memuatkan artikel berkaitan…
meratah satu kejahilan
rentung dalam
kezaliman sendiri
tanpa dia tahu
dalam luka sengsara
alam yang terobek
oleh pelurunya
masih ada
doa termakbul
dari perut peribumi
yang tertindas
sekelip mata
segala terpana
dalam diam
ada ketakutan
dalam diam
mencari kebenaran
dalam diam berfikir
ianya semakin hampir
nyalaan api kecil
pembakar dosa
gambaran kebenaran.
NOR AZIAH ABDUL AZIZ FADZILAH
Jasin, Melaka











