KUALA LUMPUR 25 Mei – Bintang utama drama Mr. Grey, Fendy Bakry, 30, hari ini menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu, dia berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar hospital semalam. Fendy yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Isnin lalu mengakui, tahap kesihatannya tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. “Ironman pun boleh sakit, takkanlah abang yang macam ni tak boleh sakit? Cuma, hangpa (kamu) doakanlah yang baik-baik buat abang,” seloroh Fendy di Instastory. Pada masa yang sama, Fendy berharap agar peminat jangan mempercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya