PUTRAJAYA – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan dikekalkan selagi tahap keselamatan di negeri itu belum berada pada tahap terbaik, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, perintah berkurung di kawasan itu masih diteruskan bagi memastikan tiada ancaman keselamatan serius daripada pihak luar di kawasan berkenaan. “Kita akan teruskan pengawasan. Ini saya fikir masih perlu, selagi kita rasakan belum cukup selamat, selagi itu Esscom akan dikekalkan,” katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas memulakan tugas di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini. Ditanya mengenai ancaman Daesh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya