KUALA LUMPUR 9 Mei – Enjin sebuah kereta Mercedes Benz terbakar di Jalan SS2/44, Petaling Jaya, dekat sini tengah hari tadi. Difahamkan, ketika kejadian, pemilik kenderaan terbabit sedang mengundi di pusat pengundian berhampiran. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.37 tengah hari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian. “Kebakaran cuba dipadamkan oleh orang ramai menggunakan alat pemadam…










