Enam individu ditahan pukul dua beradik di pusat pengundian - Utusan Malaysia

Enam individu ditahan pukul dua beradik di pusat pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan dua lelaki yang didakwa bukan warganegara Malaysia di sebuah pusat pengundian di Johor Jaya di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, keenam-enam lelaki yang berusia 21 hingga 27 tahun itu kerana ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka salah anggap sebagai orang asing.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, mangsa A. Ambiga Pathi, 28, dan abangnya A Ragupathy Raja Ram, 37, dihalang 15 individu sebelum dipukul enam lelaki lain.

Kedua-dua beradik yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian belakang kepala dan pipi kemudiannya tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Mohd. Khalil turut mengingatkan orang ramai untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan jangan bertindak mengikut emosi. – K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×