Empat tahun hilang, Muna Shahirah muncul kembali - Utusan Malaysia

Empat tahun hilang, Muna Shahirah muncul kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Enggan gagal dalam pelajarannya di Universiti Sains Malaysia (USM), peserta Akademi Fantasia musim kesebelas (AF 2014), Muna Shahirah, 24, fokus menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum kembali aktif menyanyi.

Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi, Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi akui, dia seorang yang sukar untuk menguruskan banyak perkara dalam satu-satu masa.

“Sebaik disingkirkan dari pentas AF 2014, saya reda akan rezeki yang telah diatur Allah menerusi program realiti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas berbincang dengan keluarga, saya ambil keputusan untuk sambung belajar di USM. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sekarang sudah boleh menyanyi semula,” jelasnya kepada Utusan Online.

Memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music, Muna teruja dapat merealisasikan impiannya memiliki sebuah single apabila Takdir Cinta dilancarkan pada Januari lalu.

Menurut Muna, debut berkenaan diilhamkan daripada kisah tragis dialami keluarganya atas kehilangan seseorang yang disayangi.

“Lagu ini bersifat peribadi dan begitu dekat dengan diri saya kerana menceritakan kisah sendiri. Malah ibu bapa saya turut bertindak sebagai komposer serta penulis lirik karya ini berkolaborasi dengan Gouffran dan Ibnu.

“Tak sangka pula sehingga ke hari ini, klip video rasmi Takdir Cinta yang dimuat naik di YouTube telah ditonton hampir dua juta kali,” katanya.

Tambahnya, maklum balas yang diterima daripada peminat amat memberangsangkan meskipun lagu itu belum menjadi siulan ramai.

Justeru, Muna berharap nyanyiannya dapat memenuhi cita rasa pendengar, sekali gus mendorong mereka membuat permintaan di stesen radio agar lebih kerap diputarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN