Dua kanak-kanak perempuan bersaudara lemas - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak perempuan bersaudara lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak perempuan bersaudara lemas semasa mandi di kolam rekreasi ketika berkelah bersama keluarga di Lata Sri Pulai dekat Pekan Nanas, Pontian semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dua sepupu itu yang dikenali sebagai Nur Arissa Safiyah Abdullah, 4, dan Nur Syafirah Ummyrah Zamri, 5, ditemukan lemas oleh orang awam yang berada di pusat rekreasi tersebut pada pukul 1.15 petang.

“Anggota keluarga mereka kemudiannya membawa kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Pekan Nanas sebelum dirujuk ke Hospital Pontian dan disahkan telah meninggal dunia.

“Punca kejadian dipercayai akibat kecuaian kerana tiada pemantauan daripada pihak keluarga semasa berkelah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×