MESKIPUN menjaringkan empat gol ketika membelasah Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Kuantan kelmarin, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan para pemain skuad Tok Gajah masih belum mencapai kualiti permainan pada tahap sewajarnya. “Kita menang 4-0 tetapi dari segi permainan, saya tak puas hati. Bagaimanapun, kemenangan ini sangat penting untuk memulihkan semangat pemain-pemain selepas pasukan ini tewas tiga kali pada perlawanan sebelum ini,” ujar Dollah. Sebagai rekod, Pahang gagal…










