SEJAK berusia enam tahun, Dr. Ahmad Razeen Zulkifli sudah berjinak-jinak dengan haiwan apabila mengikuti ayahnya yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Johor Bahru. Anak kedua daripada empat adik-beradik itu sangat teruja apabila melihat ayahnya merawat pelbagai jenis haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan liar. Walaupun sekadar memerhati, ia sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepadanya. Kegembiraan itu memuncak apabila haiwan tersebut pulih seperti sediakala beberapa hari kemudian. Ibarat bapa borek…










