PASIR MAS 30 Mei – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dengan kerjasama Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Mukim Lalang Banggol Chicha menganjurkan majlis doa selamat dan solat hajat memohon kesejahteraan selepas perubahan pucuk pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Presidennya, Datuk Shiekh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, program tersebut merupakan salah satu bentuk penzahiran kecintaan POKB terhadap negara. “Solat hajat dan bacaan doa selamat ini bagi memohon…










