PARIS – Pemegang 12 gelaran Grand Slam, Novak Djokovic memulakan saingan Terbuka Perancis dengan ‘langkah kanan’ selepas mudah melepasi pusingan pertama dengan membenam cabaran pemain Brazil, Rogerio Dutra Silva 6-3, 6-4, 6-4 kelmarin. Djokovic yang sebelum ini melakukan pembedahan pada bahagian siku selepas tewas pada saingan Terbuka Australia Januari lalu dilihat bergelut dengan prestasi terbaiknya apabila gagal meraih sebarang gelaran dalam enam kejohanan sebelum ini. Pemain Serbia itu mengakui bersedia…










