DBKL batal kontrak cat bangunan PPR - Utusan Malaysia

DBKL batal kontrak cat bangunan PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 syarikat kontraktor yang dilantik bagi projek pengecatan seluruh bangunan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur membabitkan kontrak bernilai RM180 juta, dibatalkan serta-merta.

Anggota Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata  langkah berkenaan diputuskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dalam mesyuarat bersama 10 Anggota Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tan berkata pengumuman tersebut dibuat selepas beberapa pertikaian isu kontrak kerja berkenaan diberikan kepada kesemua kontraktor terbabit dilantik tanpa tender terbuka.
“Kami (anggota parlimen) dapati 10 kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor yang sama menjalankan kerja pengubahsuaian pejabat-pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pejabat bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya.
“Kesemua kontraktor bagi kerja mengecat ini dilantik sebelum Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dan kami persoalkan kenapa kontraktor yang sama ini dilantik tanpa melalui proses yang lebih terbuka,” katanya.
Sementara itu, Mhd Amin Nordin berkata bagaimanapun bagi kerja-kerja mengecat di blok-blok bangunan yang sedang berjalan masih lagi diteruskan manakala selebihnya akan dihentikan serta merta.
“Bayaran kepada kontraktor hanya diberikan kepada kerja yang sudah diselesaikan setakat ini dan setakat ini sebahagian besar kerja mengecat berkenaan telah disiapkan,” katanya.
            – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN