KUALA LUMPUR 25 Mei – Seorang pengarah syarikat yang menguruskan perkhidmatan kewangan bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM2.47 juta, tahun lalu. Datuk Seri S. Subramaniam, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said. Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang secara keseluruhan berjumlah RM2,472,888 milik Fortune China Ltd. yang dimasukkan…









