Hajat menggunung Pakatan Harapan (PH) untuk mencatat sejarah mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya secara demokrasi telah pun termakbul pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Rabu lalu. Usaha berterusan sejak berpuluh tahun lalu itu diterjemahkan melalui peti-peti undi di seluruh negara yang menyaksikan lebih 50 peratus daripada 14.9 juta pemilih berdaftar berusia antara 21 hingga 50 tahun membuat keputusan untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 61…










