JAKARTA – Pihak pendakwa Indonesia semalam meminta hukuman mati dikenakan ke atas pendakwah radikal berhubung pembabitannya dalam satu serangan keganasan pada 2016. Serangan berkenaan dilakukan oleh sebuah kumpulan sama yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia sepanjang minggu ini. Berpuluh-puluh anggota polis daripada unit khas dikerah untuk mengawasi perbicaraan Aman Abdurrahman, 46, yang didakwa dalang kepada satu serangan bersenjata dan pengebom bunuh diri di Jakarta dua tahun lalu.…










